Sunday 5 March 2017

Tutorial GIT: Instalasi, Penggunaan dan Upload Projek ke GitHub


GIT merupakan sebuah Version Control System (VCS) yang digunakan dalam pasukan pembangunan perisian untuk bekerja bersama-sama. Version Control maksudnya sistem Git akan mencatat setiap perubahan yang terjadi pada source code kita sehingga membolehkan untuk mengambil kembali source code lama jika suatu saat kita ingin kembali ke versi berapa pun dari aplikasi yang pernah kita tulis.

Image By http://mattbanks.me/wordpress-deployments-with-git/


Contohnya seperti ini. Kita sedang membangunkan sebuah aplikasi web menggunakan PHP. Ketika kita sudah selesai melakukan coding maka kita menyimpannya ke dalam repository Git atau istilahnya commit. Pada langkah ini kita sudah membuat versi source code kita katakanlah versi 1. Esoknya kita melakukan perubahan pada versi 1 kita tadi dan seperti sebelumnya kita juga melakukan commit ke dalam repository, maka versi 2 akan tercipta. Lantas apakah versi 1 akan hilang atau tidak. Setelah kita bekerja beberapa kali memperbaiki atau menambah ciri-ciri pada source code kita sampai 20 versi pun kita akan selalu bisa untuk kembali ke versi lama yang keberapapun begitu juga sebaliknya.


Commit yang tadi kita lakukan hanya akan disimpan pada repository tempatan yang ada pada komputer kita. Lantas bagaimana agar boleh diakses bersama-sama oleh ahli pasukan? maka kita memerlukan sebuah repository central. Website yang menyediakan perkhidmatan repository central untuk Git adalah Github.com. Pada tulisan ini saya akan cuba untuk menjelaskan dari langkah awal pemasangan Git, penggunaan asas hingga mengupload projek kita ke Github.com.

Ini adalah step-step mengunakan git :-

  1. Buat terlebih dahulu akaun di Github.com, caranya sesenang mendaftar Facebook.
  2. Download software Git di http://git-scm.com/downloads, sesuaikan dengan sistem operasi yang digunakan.  Saya menggunakan Windows, kemudian install.
  3. Masuk ke direktori tempat projek PHP berada, misalnya “C:/XAMPP/htdocs/ProjekPHP“.  Source code yang ada pada projek PHP ini yang akan kita masukkan ke repository Git dan kita akan upload ke GitHub.
  4.  Untuk pengguna Windows klik kanan didalam folder projekPHP dan pilih Git Bash.  Berikut adalah gambarnya:-
Git Bash

  1. Lakukan installation dengan menekan perintah berikut pada Git Bash tadi :-

git init
  1. Langkah seterusnya, memasukkan file-file source code serta folder pada projek kedalam staging area iaitu suatu keadaan dimana file serta folder source code dimasukkan ke dalam repository  namun dalam keadaan temporary, belum disimpan. Untuk melakukannya gunakan perintah berikut:-
git add *



  • Perintah tersebut akan memasukkan seluruh file dan folder yang ada pada projekPHP.  Jika ingin memasukkan satu persatu cukup tuliskan nama file lengkap dengan sambungan atau nama folder jika hanya ingin menambakan folder.

git add index.php

git add nama_folder

  1. Setelah itu kita siap untuk menyimpan source code kita kedalam repository. Taipkan perintah berikut:-
git commit -m "Commit Pertama, Versi 1"

  Perintah diatas akan menyimpan source code kita sekaligus memberikan catatan supaya                    mudah kita ingat 


  1. Sekarang login ke Github.com dan buatlah sebuah repository baru dengan klik pada butang yang terletak pada kanan atas. Perhatikan gambar berikut:-






  1. Buat repository dengan nama sendiri. Contohnya:- myPHP.


    • Setelah itu klik butang "Create repository"
  1. Sekarang kita boleh mengakses remote repository dengan url https://github.com/projekphp/myphp.git misalnya
  2. Kembali ke Git Bash. Tambah remote repository yang baru sahaja kita buat supaya projek kita boleh diupload. Berikut perintahnya: -
git remote add origin https://github.com/projekphp/myphp.git

  1. Seterusnya kita download terlebih dahulu fail readme yang ada secara default apabila kita membuat repository di github dengan menaip perintah :-
git pull origin master
  • Maka file readme.md akan berada pada folder projek kita



  • Terakhir adalah mengupload ke Github dengan perintah:-
git push origin master

           masukkan username serta password jika diminta

  • Item pada github maka file ktia sudah berada disana



          Cukup mudah bukan :D
          Semoga bermanfaat dan jangan lupa fork me!




No comments:

Post a Comment